Ikhlas aku cakap anugerah malam tadi memang lebih boring daripada biasa…kalau mereka yang tengok pasti setuju dengan pendapat aku ni..kan2? lepas persembahan anita sarawak yang mantop tu mereka umumkan sape pengacaranya..dengar je nama pengacara perempuan tu(namanya aku x ingat) terus aku tepuk dahi, kenapalah pihak anugerah tu pilih dia ni? dah takde orang lain ke? pastu dengar pulak pengacara lelaki tu,namanya adlin aman ramli, ish3..semakin merahlah dahi aku…memang aku dah tahu si adlin tu memang rak best kalau mengacara live camtu macam AJL yang lepas..boring tahap gaban..dahla buat lawak langsung tak lawak..hahaha!

Tapi takpe la yang lepas-lepas la, nasib baik persembahan-persembahan malam tu hebat-hebat belaka…aku paling suka tengok masas farah asyikin perform,best siot..hehe bukan sebab apa,sebab dia cun..huhu…ok lah keputusan malam tadi aku ok jer tapi kenapa aku frust la mawi menang sebab aku tak minat sanagt dia..hehe(jangan marah ye peminat mawi) aku tak kisah la sape2 menang tapi jangan dia sudah..haha..jahat nye aku…oklah melarat plak aku ceramah sini..keputusan penuh korang bleh baca kat bawah…

nabil

1. Pengacara TV Lelaki Popular — Aznil Haji Nawawi
2. Pengacara TV Wanita Popular — Fara Fauzana
3. Penyampai Radio Lelaki Popular — Faizal Ismail
4. Penyampai Radio Wanita Popular — Fara Fauzana
5. Artis Nasyid Popular — Rabbani
6. Artis Komedi Lelaki Popular — Nabil Raja Lawak
7. Artis Komedi Wanita Popular — Noorkhiriah
8. Artis Baru Lelaki Popular – Nabil
9. Artis Baru Wanita Popular – Stacy (tapi aku sokong lisa surihani)
10. Pelakon TV Lelaki Popular – Rosyam Nor (asyik dia je..)
11. Pelakon TV Wanita Popular – Dynaz
12. Penyanyi Kumpulan / Duo Popular – Meet Uncle Hussain
13. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nurhaliza
14. Penyanyi Lelaki Popular – Suami si Ekin tu la!
15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Haidar
16. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin

Nabil, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Anugerah pencapaian sepapanjang hayat dimenangi oleh jamal abdillah…ok lah tu..aku setuju..

psst:rilek je si nabil tu peluk irma bila nabil diumum sebagai pemenang..hehe…biarla dah memang awek dia nak buat camner(citer pasal ni aku post nanti yep) ..huhu..ape2 pun lisa surihani tetap dihatiku..cun gile malam tadi..hehe..